Friday 3 August 2012 | 22:53 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM
hari ni aku nak cerita pasal arwah abg sedara aku , sebab apa aku tetiba nak cerita pasal diorang ? sebab aku rindu sgt-sgt dekat diorang . aku rindu gelak tawa diorang , aku rindu gurauan diorang . senang serita semua laa aku rindu !
AMIRUL AZIM BIN ARIFFIN
cerita dia mula macam ni , mula-mula macam ni , tahun lepas TIME aku nak amik TRIAL PMR . aku sibuk tengah study semua , than mak cik aku dapat satu panggilan dari ucu aku . ucu aku cakap yang ajim dah meninggal . kitorang pon confuse laa , mak cik aku tanya ajim mana ? than ucu aku cakap ajim kita laa . mak cik aku cakap amirul azim ke ? ucu aku ya . lepas mak cik aku dengar macam tuu mak cik aku terus rebah . lepastu mak cik aku terus bagitahu aku . firtsly aku tak percaya yang dia dah takda . aku buat bodoh je laa . entah macam mana tengah belajar air mata aku menitik . mak cik aku suruh call mak aku suruh bagitahu semua . lepastu family aku amik kitorang semua kat rumah mak cik aku than terus balik JB nak tengok jenazah abg sedara aku .
agak laju jugak laa bapak aku bawak kereta , dalam dua jam dah sampai JB . masa dalam kereta tuu pulak aku tengok muka abg aku , pucat sgt . aku kesian sangat-sangat tengok abang aku menangis . yee laa abg sedara aku rapat dengan dia . kitorang sampai dekat sana masa tuu dah petang , dah nak dekat maghrib . turun dari kereta aku tengok sedara aku semua ada dekat situ . YA ALLAH , aku memang tak boleh tengok muka diorang , tambah-tambah lagi muka mak ngah aku . sayu sangat hati aku tengok diorang . aku ta k dapat nak kawal sedih aku . masa tuu arwah abg sedara aku kat dalam bilik pembedahan tengah buat postbottom .
abg sedara aku bawak balik kitorang , kitorang just tunggu jenazah dekat rumah mak long aku , dekat rumah tuu , aku masuk bilik aku terus baca yassin dengan air mata mengalir semua . hanya ALLAH je yang tahu betapa sedihnya kitorang masa tuu , dah satu jam kitorang tunggu , jenazah pon sampai . jenzah terlantar dekat tengah-tengah rumah . mak aku bukak kain kafan abg sedara aku , YA ALLAH . muka dia pucat sangat . aku tak rasa macam tuu abg sedara aku . jenzah dikebumikan pkol 12 tengah malam . last aku jumpa abg sedara aku masa mak long aku ada buat bacaan yassin :'(
AMIRUL HAKIM BIN ARIFFIN
abg sedara aku yang ni pulak lepas setahun adik dia meninggal , dia pulak yang meninggal . aku tak sangka yang dia dah pergi tinggalkan kitorang . masa tuu dekat asrama , aku kan jenis yang degil sikit . aku bawak laa phone g asrama . than aku tergerak hati nak mesej mak aku , reason sebab aku rindu mak aku . than mak aku balas "boleh ibu call?" aku jawab laa boleh . and than mak aku call , mak aku cakap kat aku , kalau ibu cakap kakak kene sabar ye ? aku cakap laa haa ye ye . than mak aku cakap yg abg bob dah takda . mula-mula aku tak dgr aku suruh ibu aku ulang balik . lepas mak aku ulang tuu aku marah mak aku , aku cakap kenapa ibu tak nak bagitahu kakak awal-awal ? aku tak sengaja marah ibu aku .
aku cakap laa bila dia meninggal ? mak aku cakap hari isnin hari tuu . aku call ibu aku hari jumaat . than mak aku letak telefon , dalam masa yang sama aku menangis sebab aku tak dapat nak terima yang abg sedara aku lepas sorang sorang tinggalkan keluarga kitorang . banyak sangat memori yang kitorang ada . dari kecik sampai laa sekarang memori tuu aku ingat .
sekarang family dirang tinggal sorang je , tinggal satu-satunya adik perempuan dia , kitorang akan jaga najwa elok-elok . ini janji kitorang . firstly adik lelaki diorang pegi dulu tapi dah lama sangat . lepas tu abg ajim , than abg bob . kesian kan mak ngah and pak ngah aku :'( kitorang simpati sgt-sgt .
untuk pengetahuan korang diorang dua ni adik beradik and sedara yang kitorang rapat . kat bawah ni aku masukkan kenangan kitorang sekeluarga :'(
AMIRUL HAKIM BIN ARIFFIN (abang bob)
dan bawah ni pulak adik dia
AMIRUL AZIM BIN ARIFFIN (abg ajim)
hanya ni je yang aku mampu masukkan , aku tak nak masukkan lagi . sebab terlampau banyak . lastly aku nak cakap . AL-FATIHAH , semoga roh ARWAH ABG BOB dan ARWAH ABG AJIM tenang dekat sana . kitorang sentiasa berdoa kepada ALLAH . nanti raya haida datang ziarah ye :')